Perbezaan enam saat membawa kepada kejuaraan berganda buat dua pelumba Niza Racing, Ady Rahimi Rashid dan Hendra Ade Putra, sewaktu memanjat podium teratas perlumbaan kedua pusingan pertama Malaysian Touring Car Championship (MTCC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Hendra, yang merupakan pelumba kedua termuda kejohanan itu dengan berusia 16 tahun, melakukan penampilan pertamanya dalam MTCC, di mana dia menggalas tugas memimpin awal perlumbaan sebelum 'pit window."
"Sejujurnya permulaan perlumbaan agak teruk tetapi saya masih dapat mengejar dan memintas kereta di depan," kata Hendra kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
"Selepas itu, saya mula menjarakkan diri dalam lima ke enam selekoh."