Menjelang kehangatan fasa terakhir Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung di Ipoh, Perak, aksi olahraga menjadi tumpuan utama kejohanan tersebut di samping menutup tirai bagi tahun ini dengan kemeriahan penganjuran tersebut.
Stadium Perak bakal menjadi saksi kepada seramai 1440 atlet akan menyertai pertandingan tersebut dalam tiga kategori berbeza iaitu bawah 12, 15 dan 18 tahun bagi merebut gelaran juara tahun ini.
Sebanyak 546 pingat emas dalam 90 acara menjadi rebutan setiap atlet seterusnya berpeluang dipilih sebagai pelapis kepada atlet kebangsaan yang akan dipertandingkan bermula hujung minggu ini.
Dalam perkongsian Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Kecemerlangan Sukan, Halim Saad, menerusi segmen tetamu khas Nadi Arena hari ini, hadiah paling mencuri tumpuan kepada pemenang pingat emas ialah mereka akan menerima insentif daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dalam bentul unit amanah, sekali gus menggalakan setiap atlet untuk menabung.
Halim Saad turut berkongsi bahawa sukan tahunan setiap sekolah ialah medan pencarian bakat baru demi mencungkil serta mengasah kemenjadian atlet baru seiring program modul Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberi penekanan kepada penggalakkan, pembangunan dan kecemerlangan atlet peringkat sekolah.