Persiapan peringkat akhir sedang giat berjalan di lokasi pertandingan memastikan kehangatan saingan Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 berlangsung dengan teratur dan berjaya.
Ia akan berlangsung di Putrajaya bermula esok sehingga 28 Mei ini.
Majlis Sukan Sekolah (MSS) Pahang muncul antara pasukan terawal yang tiba untuk sesi pendaftaran dengan status selaku juara bertahan bagi kategori lelaki bawah 18 tahun (B-18).
Delegasi tersebut dijadualkan bertemu Sarawak dan Pulau Pinang pada 25 dan 26 Mei bagi perlawanan peringkat Kumpulan R.
"Persiapan kami cukup dan bersedia tahun ini.
"Bekas pemain negeri juga menurunkan ilmu kepada kami. Dan kami tidak mahu memandang rendah pasukan lain," kata Ahnaf Mohammad Jazimin.

MSS Pahang antara pasukan terawal tiba di Kuala Lumpur bagi menyertai Kejohanan Bola Baling MSSM 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 24-28 Mei ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/6oSrEYzj2J
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 23, 2025