BOLING
MSSM: Atlet berusia 10 tahun bakal gegar arena tenpin boling negara
Pencapaian signifikan berhasil diraih apabila buat julung kalinya, kesemua 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan disahkan mengambil bahagian dalam Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025, menjadikan edisi tahun ini paling menyeluruh dalam sejarah.
Berbeza dengan penganjuran sebelum ini, MSSM turut memperkenalkan format pemilihan baharu untuk sukan Institusi Pendidikan Malaysia, dengan penekanan kepada prestasi individu, termasuk konsistensi teknikal dan kesediaan atlet.
"Kami mengambil kira standard MSSM, di mana ada kayu pengukur buat atlet untuk mewakili ke kejohanan lebih tinggi.
Iklan
"Daripada segi pemilihan, kami akan memilih pemain yang lebih baik," kata jurulatih, Lamjah Khalil.
Presenting to you, Adam Mikhail ; peserta cilik berusia 10 tahun yang berjaya membuat debut ke Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2025Kepada Rafiq Ismail, terima kasih kerana menjadi penguat inspirasi buat Adam melangkah lebih jauh dalam sukan boling tenpin ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/4p2HuGR27Z— husnae (@husnazainudin_) May 23, 2025
Namun, antara ratusan peserta yang akan menghiasi lorong kejohanan, satu nama yang mencuri perhatian ramai adalah Adam Mikhail, peserta termuda pertandingan yang baru berusia 10 tahun -- menjadikan penampilan sulungnya sesuatu yang luar biasa.
Menariknya, keputusan untuk dia berkecimpung dalam sukan tenpin boling adalah faktor inspirasi daripada naib juara kejohanan Persatuan Pemain-pemain Boling Profesional (PBA) 2025, Rafiq Ismail.
"Saya suka Rafiq Ismail.
"Saya sudah berkecimpung dari 2022 sehingga kini.
"Sasaran saya ialah untuk menyertai Sukan Malaysia (Sukma)," katanya di Nadi Arena.
Must-Watch Video