Tahukah anda, hanya sekitar satu peratus manusia di dunia yang memiliki kelebihan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan dengan dominan?
Dan golongan ini dikenali sebagai 'ambidextrous'.
Menariknya, peratusan kecil itu termasuk salah seorang peserta Kejohanan Bowling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025, Adam Mikhail Moorthy, yang mewakili kontinjen MSS Perak bagi kategori lelaki B-15.
Dengan kebolehan melakukan lontaran hampir sempurna dan ketekalan menggunakan kedua-dua belah tangan, ia sekali gus memberikan kelebihan strategik buat Adam Mikhail dalam setiap kejohanan yang disertainya.
"Saya tahu kelebihan ini sejak darjah empat.
#TIL Hanya 1% manusia di dunia yang memiliki kelebihan untuk menggunakan kedua belah tangan dengan dominan a.k.a 'Ambidextrous'.
— husnae (@husnazainudin_) May 27, 2025
Surprisingly! Adik Adam Mikhail ni salah sorang daripada peratusan kecil tu.
Haa nak tau lebih lanjut kena tengok Nadi Arena, 7.30 malam ni! pic.twitter.com/YdcZ4g0IEA
"Sejak itu saya sahaja pura-pura main dengan tangan kiri sebab tengok ada pemain lawan yang kidal.
"Jadi apabila mencubanya, asyik 'strike'. Tetapi ketika menulis gunakan tangan kiri dan bola sepak dengan kaki kiri.
"Badminton, boling dan bola baling pula saya menggunakan tangan kanan," katanya.