Skip to main content

Sukan Lain

MSN pengerusikan mesyuarat pra-penilaian atlet 2019

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

msn.jpg
Mesyuarat pra-penilaian atlet 2019 yang berlangsung hari ini hingga esok bakal menentukan nasib atlet tempatan dalam Program Podium.

Agenda sukan negara hari ini tertumpu kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang menjalankan mesyuarat pra-penilaian prestasi atlet 2019.

Sebanyak 18 persatuan sukan bersidang hari ini dan baki tujuh lagi akan membentangkan prestasi atlet esok.

Antara persatuan sukan yang bakal membuat pertemuan dengan MSN dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MSN,  Datuk Ahmad Shapawi Ismail adalah karate, memanah, sepak takraw dan badminton.

Namun, tumpuan utama mesyuarat hari ini adalah melihat bagaimana atlet-atlet di bawah persatuan masing-masing dapat diserap ke dalam Program Podium atau sebaliknya.

Kemelut turut melibatkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang masih belum membuat kenyataan rasmi apabila menyingkirkan dua tekong negara, Syahir Rosdi dan Zulkifli Abdul Razak.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) turut akan membuat keputusan sama ada mengekalkan ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa, dalam Program Podium atau sebaliknya.

Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video