Skip to main content

Sukan Lain

MSKPPM: Kelantan sasar mara ke suku akhir

sepak-takraw-kelantan-151217.jpg
Skuad sepak takraw Kelantan yakin mampu mara ke suku akhir Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan  Malaysia (MSKPPM) Ke-45 di Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan dari 17 hingga 21 Disember ini.

Penolong jurulatih, Zairullah Yusof, berkata gabungan 12 pemain terbaik yang dipilih daripada Kejohanan Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan(PSKPP) Kelantan Kota Bharu pada 14  November lalu,  mampu memberi saingan hebat kepada pasukan lain.

“Pemilihan pemain dibuat berdasarkan kebolehan individu mengikut posisi masing-masing. Tidak semestinya regu yang johan dan naib johan kejohanan negeri layak secara automatik untuk mewakili negeri.

“Alhamdulillah, panel pemilih telah memilih 12 pemain terbaik gabungan pemain baharu dan berpengalaman. Kami masih mengekalkan tekong terbaik, Zaimi (Mohd Zaimi M.M.Aboo Jubar) dan apit kanan berpengalaman, Awi Seman dan Shamsuri Ismail. Insya-Allah, kami yakin mampu mara ke suku akhir,” katanya.

Ditanya mengenai sesi latihan yang telah diadakan, Zairullah berkata latihan diadakan secara dua fasa dan pemain mula menjalani latihan intensif bagi meningkatkan keyakinan dan semangat juang tinggi dalam acara berpasukan itu.

“Beberapa siri perlawanan telah diatur sebelum kami ke Negeri Sembilan dan saya yakin skuad kali ini mampu melakukan kejutan selepas kami balik awal dari Kedah tahun lepas,”  katanya lagi.

Untuk rekod, Kelantan pernah muncul sebagai juara berpasukan sepak takraw dalam kejohanan yang diadakan di Perlis pada 2010.
 

Advertisement

Must Watch Video