Skip to main content

Sepak Takraw

MSKPPM: Kelantan menang aksi pertama

sepaktakrawkelantan171217.jpg
Kelantan memulakan aksi pertama dengan langkah kanan apabila mengalahkan Melaka 2-1 dalam acara berpasukan Sepak Takraw Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (MSKPPM) Ke-45 di Kompleks Sukan, Paroi, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Kelantan yang menurunkan Shamsul Nordin, Nazri Yaakub dan Mohd Khairul Anuar Dollah menungguli set pertama 21-15.

Melaka kemudian cuba bangkit pada set kedua, namun servis kencang Shamsul berjaya membawa Kelantan untuk menang 21-14.

Regu B Kelantan yang diwakili Mohd Zaimi Aboo Jubar, Zainuddin  Ismail, Shamsul Abdul Manap dan Awie Seman mengesahkan kemenangan dengan mengatasi regu Melaka B 2-0 (21-19, 23-21).

Bagaimanapun, dalam regu ketiga, Kelantan C terpaksa akur kepada kehebatan regu Melaka C apabila kalah 1-2 (14-21,  21-19, 17-21).

Ketua jurulatih, Baderin Hashim, berpuas hati dengan persembahan anak buahnya biarpun Melaka bangkit memberi tentangan sengit.

"Syukur dengan kemenangan pertama. Biarpun Melaka memberi saingan hebat tetapi pemain saya tenang untuk mencatatkan kemenangan," katanya.

Keputusan lain:

Perak 2 Terengganu 1
Pahang 3 Perlis 0
Negeri Sembilan 2 Pulau Pinang 1

Advertisement

Must Watch Video