Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, gagal meneruskan rentak kemenangan perlumbaan pertama apabila meraih tempat kedua dalam perlumbaan kedua pusingan ketiga Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2018 di Litar Antarbangsa Sepang (SIC), hari ini.
Azlan, yang mewakili pasukan Chia PJ Kawasaki Racing Team, bermula di petak pertama dengan barisan hadapan turut disertai pelumba dari Switzerland, Jonathan Serrapica, dan pelumba berusia 44 tahun dari Jepun, Yukio Kagayama.
Bekas pelumba Moto2 itu bermula baik dalam dua pusingan pertama sebelum dihimpit rapat oleh dua pelumba daripada pasukan TOC HKM Racing Team, Mohd Ramdan Rosli dan Amirul Hafiq Azmi, untuk Azlan kemudiannya ketinggalan di kedudukan ketiga.
Keadaan litar basah akibat cuaca tidak menentu sepanjang saingan turut menjejaskan tunggangan Azlan yang akhirnya gagal untuk mengejar Ramdan di hadapan bagi menamatkan aksi di tempat kedua.
"Saya agak bergelut kerana motosikal saya agak berkuasa lalu membuatkannya agak sukar untuk dikendalikan.
"Saya cuba untuk mengurangkan masalah itu manakala Ramdan tidak mempunyai masalah tentangnya," kata Azlan.
Tambah Ramdan pula: "Saya sudah mencuba untuk meningkatkan catatan masa secara berperingkat.
"Saya tidak terlalu pentingkan soal kedudukan pada awalnya tetapi saya mengesan penunggang di depan saya sedikit perlahan dan boleh dipintas.
"Oleh itu, saya mengekalkan rentak dan cuba yang terbaik lagi."
Azlan, bagaimanapun, masih kekal di kedudukan teratas MSBK 2018 dalam tiga pusingan setakat ini.
Naib juara kelas 600cc dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2018 berkenaan akan fokus untuk pusingan kelima ARRC pula di Litar Sentul, Indonesia, bulan depan.