Skip to main content

E-Sukan

MPLMYS15: Debut menyala DX Soul

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

487422362_18053058077215905_3380522163449437059_n.jpg
DX Soul membuat debut yang memberangsangkan di pentas Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-15 setelah menghuni tangga kelima carta setakat minggu kelima.

Pasukan baru itu kini berjaya merekodkan empat kemenangan dan empat kekalahan, sekali gus mengumpul sebanyak 11 mata untuk berada di atas pasukan-pasukan berpengalaman seperti Todak dan Team Vamos.

Minggu kelima juga menyaksikan DX Soul berjaya melakar kemenangan dalam kedua-dua aksi apabila menundukkan pasukan Todak dan Team Rey 2-1.

 


Dalam pada itu, 'Gold Laner' DX Soul, Skyzed berjaya mencipta sejarah selaku pemain Malaysia yang pertama meraih dua 'savage' dalam masa satu minggu sekali gus menyamakan rekod yang diraih Innocent pada Minggu Diraja.

Berbaki satu lagi perlawanan pada minggu terakhir 'Regular Season' menentang JP Niners, mampukah DX Soul mempertahankan kedudukan untuk mara ke saingan 'Playoffs' musim ini?

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video