Skip to main content

Advertisement

E-Sukan

MPLMY: Todak muncul juara dengan penuh bergaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

todak.jpg
Todak sekali lagi berjaya julang trofi MPL Malaysia (MPLMY) apabila merekod kemenangan bergaya 4-0 ke atas Team SMG.

Menurut jurulatih pasukan Todak, Muhammad Hazim Firdaus Ismail, kemenangan musim ke- 11 itu hasil daripada kematangan para pemain dalam teknik serangan dan bertahan.

"Musim ini, kami menghadirkan permainan yang lebih berkualiti dan memastikan kejuaraan menjadi milik kami," katanya.

"Setiap perancangan yang dilakukan berjaya disempurnakan dengan baik dan kami mahu meneruskan momentum ini."

Walaupun di perlawanan kedua memperlihatkan pasukan lawan mengatur serangan yang hampir memberi kemenangan kepada mereka, tetapi Todak bijak mengambil peluang dan membuat kebangkitan bagi memastikan mata kedua diraih.

Selaku juara, Todak sekaligus meraih slot tunggal Malaysia ke saingan MLBB Asia Tenggara, Jun depan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video