Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15: Usaha MPLMY mampu dijadikan sebagai contoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tiket-masuk-mplmy-s15.jpg
MPLMY baru sahaja memperkenalkan tiket kemasukan bagi musim ke-15 dengan nilai RM10 bagi setiap perlawanan.

Ia susulan pembaharuan buat musim baharu Liga Profesional Mobile Legend Malaysia (MPLMY) apabila bakal mengikut jejak langkah negara jiran iaitu MPLID dan MPLPH dalam menukar liga menjadi 'liga francais'.

Ketua E-Sukan Malaysia, Mohd Fikri Rizal, turut menyifatkan ia langkah proaktif dalam perkembangan lagi MPLMY menjadi ekosistem E-Sukan yang lebih dekat kepada peminat.

Ia juga salah satu usaha meningkatkan lagi taraf MPLMY, setara dengan MPLID dan juga MPLPH.

Dengan usaha mereka mengenakan tiket ini akan dapat membantu daripada segi menyediakan dana bagi membayar kepada pihak yang bertugas sekaligus melancarkan lagi kualiti penganjuran saingan MPLMY.

MPLMY baru sahaja memperkenalkan tiket kemasukan bagi musim ke-15 dengan nilai RM10 bagi setiap perlawanan.
 
 
Lantas langkah ini harus diambil oleh barisan penganjur sukan tempatan tidak kira daripada e-sukan mahupun sukan lain. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video