Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15: Innocent pamer prestasi 'tiada obat'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

900px-srg_innocent_at_m6_knockout_stage.jpg
Pemain Selangor Red Giants, OG Esports (SRG.OG) , John Banal atau lebih dikenali sebagai 'Innocent' mempamer prestasi memberangsangkan apabila kekal di puncak kedudukan Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk saingan minggu ketiga saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-15.

Innocent selaku watak 'Gold Laner' pasukan Selangor Red Giants.OG Esports (SRG.OG) mengumpul sebanyak 25 mata setakat minggu ketiga dengan kemenangan bersih SRG.OG dalam 4 perlawanan.

Namun, turut terikat dengan 25 mata adalah 'Rindo' dari Aero Esports dan rakan sepasukannya 'Stormie'. Turut mencuri tumpuan adalah pemain paling muda musim ini iaitu Error 404 dari Team Vamos yang mengumpul sebanyak 15 mata menghuni tangga kelapan carta di penampilan pertamanya di MPLMY.

SRG.OG kini mendominasi saingan musim ini dengan kemenangan bersih setiap perlawanan. Minggu keempat bakal menyaksikan gergasi merah itu bertemu Aero Esports dan JP Niners. Mampukah Innocent kekalkan rentaknya untuk pertahankan mahkota MVP di minggu keempat?


 
 

 

Advertisement

Must Watch Video