Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15: Homebois ungguli carta minggu diraja!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mplm-my.jpg
Saingan minggu diraja baru melabuhkan tirai pada hujung minggu lalu, dengan menyaksikan Homebois sebagai pendahulu carat dengan 17 mata yang juga diikuti Selangor Red Giants (SRG.OG) dengan 17 mata.

Mencuri tumpuan di minggu keempat ini ialah, barisan pasukan Homebois menerajui carta sebagai pemain pilihan di minggu diraja.

Antara pemain Homebois yang dominasi carta ialah Vell di bahagian Exp Laner, Izanami di bahagian Mid Laner, MelQT di bahagian Gold Laner, Ivann di bahagian Roamer, barisan kejurulatihan juga diisi oleh pasukan Homebois.

Homebois akan membuat perhitungan dengan juara MPLMY musim ke-14 iaitu SRG.OG pada Sabtu, 17 Mei, di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video