Pasukan Vamos menjadi pasukan pertama melangkah ke Kejohanan Dunia M6 susulan membawa cabaran saingan Play-Off MPLMY S14 ke Grand Final mengatasi Todak sebentar tadi.



Team Vamos (VMS) jadi wira Malaysia pertama yang layak ke M6 selepas menumpaskan Todak (TDK) pada pusingan upper bracket final dengan keputusan 3-1.

TDK memulakan pusingan pertama dengan mengasak pemain-pemain VMS hingga mendapatkan 6 kill seawal minit keempat. Namun apabila terjadinya satu teamfight bersama VMS, VMS telah menyamakan gold yang mereka ketinggalan dan juga menghukum TDK yang berkali-kali memaksa teamfight yang akhirnya dimenangi oleh VMS.

VMS melepaskan hero yang mengganggu teamfight seperti Zhuxin untuk TDK tetapi memilih Suyou sebagai pemilihan utama dan telah membuahkan hasil. Chibi mendominasi dengan penggunaan hero tersebut dengan baik sehingga meraih 5 kills, 10 assists tanpa sebarang kematian.

Rentak yang sama pada dimulakan oleh VMS, memulakan dengan pergerakan agresif pada awal pusingan sehingga menyukarkan TDK untuk lakukan sebarang gerakan. Strategi teamfight dengan adanya hero keselesaan Momo yang boleh menangkap Chibi dan Nets. Satu teamfight pada bahagian lord terakhir berpihak kepada pasukan TDK walaupun Chibi cuba melakukan flanking.