Muhd Irfan Aujang teruja untuk berentap dengan abangnya apabila Team Vamos bertemu Todak minggu ini sambil menetapkan sasaran mengekalkan rekod tanpa kalah.

Team Vamos bertekad memberi tumpuan penuh minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-14 memandangkan akan beraksi sekali.

"Sudah tentu kami mahu buat yang terbaik.

"Perjalanan kami dipermudahkan dan menang ketiga-tiga perlawanan pertama," kata jurulatih, Khairul Azman Sharif, sebagai tetamu Nadi Arena sebentar tadi.

Apa pun, Team Vamos tetap berwaspada dengan kelibat Todak yang memiliki kelebihan pemain yang membuatkan barisan yang akan diketengahkan kelak kekal misteri.

Dan Irfan yang dipanggil Sepat dalam kancah ini berpeluang abangnya yang merupakan sebahagian daripada jurulatih Todak.

"Ini kali pertama kami akan bertemu sebagai lawan sejak kami berpecah.

"Kami perlu bersedia dengan kejutan Todak. Mereka mempunyai jumlah pemain yang agak ramai dan tidak pasti lima pemain yang akan diturunkan.

"Jadi corak permainan mereka bergantung kepada kemahiran masing-masing," katanya pula.