MPL MY

MPLMY S14: Pasukan milik Soloz, Team Vamos lakar kemenangan pertama

Stadium Astro
Muhammad Saufi
07/09/2024
08:52 MYT
Sponsor Banner
MPLMY S14: Pasukan milik Soloz, Team Vamos lakar kemenangan pertama
Team Vamos memulakan aksi pertama dengan langkah kanan dalam saingan Liga Profesional Mobile Legend Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14 dengan meraih kemenangan mudah 2-0 ke atas pasukan Red Esport, sebentar tadi.
Team Vamos yang dibarisi pemain yang berpengalaman dalam MPLMY iaitu Chibi, Xorn, Smooth, Nets, Warlord manakala Red Esport membariskan pemain baru seperti Tashi, Nikko, Dnish, Sensui, Iris.
Perlawanan pertama jelas didominasi oleh Team Vamos dengan kemenangan 16-4, dengan pemain jungler Vamos, Muhammad Nazhan atau lebih dikenali Chibi memainkan watak penting dalam kemenangan pertama mereka dalam Perlawanan 1. .
Perlawanan 2 pula tampak lebih mudah buat Team Vamos selepas meraih kemenangan 13-0 tanpa balas, malah corak permainan yang sangat kemas ditampilkan pendatang baru itu jelas terbukti persiapan yang dibuat oleh mereka sangat baik.
Percaturan yang dibuat oleh jurulatih Team Vamos Khairul Azman atau dikenali sebagai Pabz jelas membuahkan hasil selepas memberikan kemenangan sulung mereka dalam kancah MPL Malaysia musim ke-14 kali ini.
Dalam pertembungan itu, Chibi dipilih sebagai Most Valuable Player Of The Match (MVP) secara keseluruhan atas kecemerlangannya menjadi watak penting dalam membantu pasukannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video