MPL MY
MPLMY S13: SRG tidak gentar cabaran berliku di MSC
Juara baru Mobile Legends Bang Bang Professional League Malaysia (MPLMY) musim ke-13, Selangor Red Giants (SRG) optimis tidak gentar untuk mengharungi fasa berliku pada masa akan datang.
Ini berikutan, cabaran getir menanti mereka dalam penampilan sulung Mid Season Cup 2024 (MSC) yang bakal berlangsung di Riyadh, Arab Saudi bermula 28 Jun ini.
Ini berikutan SRG mendominasi 'dream team of the season' dengan empat pemain bakal diangkat martabat iaitu Stormie, Yums, Kramm dan Innocent dengan SRG meraih kejuaraan pada percubaan keempat mereka selepas mula mewarnai saingan MPLMY pada musim ke-10.
Iklan
Memandangkan wang kemenangan keseluruhan di MSC mencecah 14 juta Ringgit Malaysia, persaingan kompetitif dijangkakan akan menjadi masalah utama buat SRG untuk terus kekal relevan walaupun barisan kejurulatihan mereka mempunyai strategi tersendiri.
"Saya akan katakan saya yakin berdepan pasukan besar serata dunia, saya berjanji ia sangat positif dan komuniti kami akan gembira.
"Pergi ke MSC, kami sangat yakin dapat bersaing dengan pasukan besar dan secara peribadi saya ingin bertemu dengan bekas pemain saya yang mahu berdepan dengan saya dalam satu temubual, jadi mari lakukannya." katanya.
Must-Watch Video