Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S13: Selangor Red Giants muncul juara tewaskan Homebois

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sel_1.jpg
Perlawanan 1 bermula dengan agresif dengan masing-masing memburu mata pertama, tetapi Homebois lebih mendominasi perlawanan dengan menundukkan SRG dalam perhitungan yang berlangsung selama 21 minit. Udil dipilih sebagai Most Valuable Player (MVP) dengan KDA 8/1/17 dan Chibi cemerlang dengan 18 Assist.





Selangor bermula dengan baik dalam Perlawanan 2 dengan corak serangan yang lebih teratur untuk tidak memberikan Homebois peluang untuk mengumpul Damage dan berjaya melakar mata pertama untuk kedudukan seri 1-1/.

Sekyss mengumpul KDA 3/0/6 tanpa sebarang kematian untuk diangkat sebagai MVP perlawanan dalam tempoh 13:26 saat sahaja.

SRG meneruskan rentak cemerlang dalam pusingan seterusnya dengan mengutip mata kedua menewaskan Homebois yang serba tidak menjadi dalam percaturan dan pemilihan Hero di peringkat Draft, sekaligus memberikan Kramm dipilih sebagai MVP aksi itu.





Homebois memanfaatkan aksi awal Perlawanan 3 dengan tidak memberikan SRG peluang untuk mara dengan Sepat menjadi duri dalam daging memacu kemenangan Homebois untuk memastikan kedudukan terikat 2-2 dengan Kramm menjadi MVP dengan KDA 4/0/5.




Innocent yang dipilih sebagai MVP memacu kemenangan ketiga SRG dalam Perlawanan 4 dengan kembali memperbaiki kesilapan dengan momentum yang lebih baik untuk memastikan mata ketiga menjadi milik mereka untuk berkelebihan 3-2.

Perlawanan 5 menjadi detik kemenangan buat pasukan SRG menewaskan Homebois dengan saingan yang sengit dalam tempoh masa 22 minit dengan Innocent menjadi MVP secara keseluruhan sekaligus membawa SRG ke saingan Mid Season Cup (MSC0 2024 di Riyadh, Arab Saudi dan Homebois menjadi naib juara untuk musim ini.

 
Dalam pada itu menurut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, yang berada di lokasi kira-kira seibu penyokong pasukan Homebois berkampung di skrin besar yang disediakan di luar Stadium MBSJ untuk menyokong pasukan mereka.

Advertisement

Must Watch Video