Perlawanan minggu ketiga pada hari kedua semestinya dijangkakan sengit dengan perlawanan tertumpu pada dua kage iaitu Udil dan Sasa.

Dalam pada itu secara keseluruhannya menyaksikan Hombois memulakan cabaran tersebut dengan langkah kanan selepas merencatkan rentak kemenangan pasukan King Empire Esport dengan kemenangan bersih 2-0, sebentar tadi.

Perlawanan 1 menyaksikan juara bertahan, Homebois, mempertaruhkan Karrie, Pharsa, Nolan, Thamuz dan Hero baru Chip dilihat cemerlang meruntuhkan semua Turrets pasukan lawan untuk mendominasi perlawanan sepenuhnya dengan Xorn menggunakan Hero Chip yang dilihat gah sebagai nadi kemenangan mereka.

King Empire mengawal permainan awal hingga pertengahan dalam Perlawanan 2 untuk memastikan kebangkitan mereka tetapi Homebois berjaya memecahkan dominasi tersebut dengan kekuatan Damage yang terlalu tinggi dalam satu War pada minit ke 18 justeru memmbuktikan mereka layak merangkul kemenangan bersih.

Kemenangan itu sekaligus memacu pasukan Homebois melonjak ke tangga ketiga dalam carta liga MPLMY S13 dengan mengumpul 7 mata dibelakang Selangor Red Giants dan King Empire Esports kekal di tangga kedua dengan 10 mata.