Skip to main content

Bola Sepak

Liga A2: Ubi muda JDT antara pencabar baharu

ll
Advertisement

Empayar Johor Darul Ta'zim (JDT) terus diperluaskan apabila skuad akademi JDT bakal membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Amatur A2 Malaysia bermula 14 November ini.

Penyertaan itu disahkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Liga Bolasepak Amatur (AFL), Raimi Fakri Fuad, yang turut mengesahkan kejohanan berkenaan juga disertai tiga lagi skuad ‘ubi muda' iaitu Perak II, Melaka B-20 dan Star City B-20.

Advertisement

"Kali ini kita akan menyaksikan penyertaan akademi JDT sebagai pasukan jemputan.

"Lebih ramai pemain muda yang akan beraksi dalam Liga A2 yang menjanjikan saingan berbeza kerana membabitkan peringkat kumpulan dan kalah mati yang makin mendebarkan.

Advertisement

"Liga A2 menjanjikan slot automatik ke Liga A1 pada musim akan datang," katanya di Nadi Arena.

Sebanyak 18 pasukan akan bersaing musim ini menerusi empat zon, dengan dua juara dan naib juara akan memperoleh slot automatik ke Liga A1 musim depan.

Bagaimanapun, kejohanan itu tidak disertai juara musim lalu AZM Rovers dari Kelantan.

"Mereka tidak mengesahkan penyertaan dan menyepi diri.

"Kemungkinan mereka ada perancangan lain tapi kami berharap mereka akan kembali menyertai saingan AFL," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video