Homebois meneruskan rentak cemerlang dalam saingan separuh akhir Grand bracket selepas menyingkirkan RSG Esport 3-2 di Stadium MSBJ Serdang Jaya, sebentar tadi.
Chibi dan Nets menjadi watak penting dalam Perlawanan 1 untuk memacu Homebois meraih mata pertama dengan aksi yang agresif dengan Chibi selaku Most Valuable Player (MVP) dengan KDA 6/1/14.
RSG cuba memberikan aksi kebangkitan dalam Perlawanan 2 tetapi kawalan Damage yang tinggi menghimpit pasukan RSG untuk tewas justeru memberikan mata kedua buat Homebois yang selangkah menuju perlawanan akhir.
Udil dipilih sebagai MVP dengan KDA 3/0/12 serta 100% Kill Participation dalam perlawanan yang berlangsung selama 16 minit.
RSG cemerlang dalam Perlawanan 3 untuk meraih mata pertama menjadikan kedudukan 2-1 menewaskan Homebois dalam perlawanan yang sengit untuk menghidupkan peluang ke peringkat Grand Final dengan Venogo meraih MVP dengan KDA 4/0/8.
Perlawanan 4 bermula dengan agresif diantara kedua-dua pasukan dengan RSG berjaya mengheret Homebois ke set penentuan untuk kedudukan seri 2-2.
Perlawanan terakhir menyaksikan Homebois mendominasi aksi dengan corak permainan yang berdisiplin untuk menewaskan SRG dengan Xorn dipilih sebagai MVP dengan KDA 3/3/34.
Kemenangan bersih anak buah jurulatih Pabz memastikan slot terakhir Grand Final menjadi milik mereka dengan Selangor Red Giants (SRG) bakal menjadi cabaran mereka untuk bergelar juara secara keseluruhan.