Juara MPLMY S12, Homebois, berjaya melayakkan diri secara rasmi ke saingan Mid Season Cup 2024 (MSC), yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, sebentar tadi.

Homebois menang berdepan wakil dari Peru iaitu Entity7 2-1 dalam peringkat pusingan Wildcard untuk ke saingan MSC 2024, Julai ini.




Pasukan itu menjadi pasukan kedua mewakili Malaysia selepas Selangor Red Giants (SRG) menjadi pasukan pertama layak selepas mendominasi saingan MPLMY S13 bulan lalu.

Saingan peringkat kumpulan akan bermula daripada tiga hingga tujuh Julai ini.