MPL MY
MPL MYL S13: Todak akur gagal atasi King Empire dalam separuh akhir upper bracket
Pembelian bernilai RM300,000 untuk mendatangkan Garry, atau nama sebenarnya Syafizan Najmi Kamarulzaman, masih belum mampu untuk membutirkan kejayaan buat pasukan Todak apabila tewas 2-3 kepada King Empire Sports dalam aksi separuh akhir upper bracket playoff MPLMY S13 sebentar tadi.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, Garry yang bertindak sebagai Jungler Todak berkata: "Saya tiada tekanan, sama sahaja, kerana saya rasa apabila saya tukar pasukan, mereka juga rakan-rakan saya dan saya selesa untuk bermain bersama mereka.
"Tentang nilai pembelian saya pula, saya tidak rasa apa-apa kerana saya hanya mahu melakukan yang terbaik buat mana-mana pasukan yang saya wakili."
Iklan
Sementara itu, jurulatih Todak, Kenneth Coloma (Flysoloz) ternyata kecewa dengan kegagalan pasukannya dalam aksi separuh akhir itu.
Bagaimanapun, dia menafikan isu komunikasi merupakan masalah yang membelenggu kredibiliti pasukan mereka untuk memenangi perlawanan itu.
"Kami tiada masalah bahasa kerana tiga pemain kami kekal dengan peranan yang ditetapkan, jadi saya tidak nampak ada masalah komunikasi dalam pasukan kami," katanya.
Must-Watch Video