KUALA LUMPUR 5 PULAU PINANG 2
Pulau Pinang gagal meraih mata dalam aksi kesembilan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) untuk minggu ke-11 apabila terpaksa akur tunduk 2-5 ketika berdepan Kuala Lumpur di Kompleks Sukan Matsushita Shah Alam, sebentar tadi.
Selepas menang dalam aksi berdepan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur City, pasukan dari utara tanah air itu tampak bergelut dalam usaha untuk mencari tiga mata.
Kealpaan pertahanan Pulau Pinang itu dihukum pada minit ke-17 apabila Nurhafiz Hamid tertampan bola ke gawang sendiri untuk memberi kelebihan buat Kuala Lumpur memperoleh jaringan pertama.
Berselang dua minit, Pulau Pinang kembali menyamakan kedudukan menerusi Syafiq Rashid.
Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila empat minit kemudian, Shah Azman Ekmal Saleh dan Azamuddin Hassan menghasilkan dua jaringan pantas buat skuad Warga Kota itu untuk mengakhiri aksi dalam babak pertama dengan Kuala Lumpur mendahului 3-1.
Selepas menguasai permainan, ketumpulan barisan depan menggagalkan usaha Pulau Pinang biarpun usaha Amar Ashraf Abu Bakar merapatkan jurang.
Kesempatan itu digunakan Kuala Lumpur apabila menambah dua lagi gol, masing-masing menerusi Mulhim Muqri Faisal dan Hazreen Ali untuk kemenangan bergaya 5-2 di pihak Kuala Lumpur.