Skip to main content

Futsal

MPFL Wanita: Selangor buka kempen dengan bergaya

selangor-futsal-wanita-2019.jpg
SELANGOR 6 KEDAH 0

Selangor membuka kempen Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Sirkit 1 Wanita 2019 dengan membelasah Kedah 6-0 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, sebentar tadi.


Selangor yang dibarisi ramai pemain kebangsaan menepati ramalan selaku pasukan pilihan dengan menguasai permainan. 

Walaupun Kedah cuba memberi tentangan, kesungguhan semata-mata tidak mencukupi untuk menyaingi lawan yang dibarisi majoriti pemain kebangsaan.

Anak buah Mohd Fairuz Mohd Noor itu hanya mengambil masa tiga minit untuk merobek gawang lawan melalui Nur Shazreen Munazli.

Nurul Nadia Roslan melebarkan jurang Selangor empat minit kemudian dengan menyumbat gol kedua pada minit ketujuh.

Selangor bertambah selesa apabila Nur Afrina Azhar menyempurnakan peluang pada minit kesembilan untuk pasukan itu mendahului 3-0 dalam separuh masa pertama.

Selangor menambah derita Kedah dengan tiga jaringan dalam tempoh tiga minit, hanya seminit selepas permainan bersambung melalui Fatin Shahida Azmi, Nur Shazreen dan Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh.

Kedah cuba bangkit untuk mencari gol tetapi gagal menggunakan peluang yang diperoleh.

Advertisement

Must Watch Video