Kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri mahu digunakan sepenuhnya Terengganu dalam aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) bertemu Pulau Pinang, malam ini.
Ketua jurulatih, Mohd Rozairi Ahmad, berkata persiapan Terengganu juga sudah lengkap selepas memperkemaskan kelemahan ketika aksi pembukaan yang lalu.
Enggan memandang mudah cabaran Pulau Pinang dan selain berharap skuad bimbingannya dapat mengatasi perasaan gugup, pengendali itu mahu mendapatkan gol awal.
"Kami akan menyerang habis-habisan dan memanfaatkan kesempatan bermain di gelanggang sendiri serta di depan penyokong sendiri," katanya.
"Mungkin ada pemain menganggap beraksi di tempat sendiri sebagai tekanan tapi saya mahu mereka menyahut cabaran itu."
Menurut Rozairi lagi, dia menjangkakan satu perlawanan yang sengit mengambil kira keputusan Pulau Pinang dalam dua perlawanan pertama.
Malah, skuad Pulau Pinang yang diperkuatkan beberapa pemain skuad futsal B-20 negara turut disifatkannya sebagai sebuah pasukan yang berkualiti.
"Dah tentu mereka tidak mahu pulang tangan kosong. Saya akan pastikan pemain Terengganu akan bagi yang terbaik."