Skip to main content

Futsal

MPFL: Terengganu menang besar di laman sendiri

ter-futsal.jpg
TERENGGANU 6 KUALA LUMPUR 0

Hatrik Mohd Hafiz Ismail membantu Terengganu membenam Kuala Lumpur 6-0 dalam aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Kuala Terengganu, sebentar tadi.


Namun, kemenangan Terengganu itu disulitkan oleh penguasaan awal pelawat yang mula menguji kubu tuan rumah menerusi Asyraff Abdul Jalal dan Ahmad Azim Mohammad.

Terengganu memperkemaskan rentak dan hampir diceriakan gol pembukaan, namun tolakan Alif Shafiq Suhaimi sekadar mengenai jaring tepi.

Gol dicari-cari tuan rumah menjelma pada minit ke-16 apabila Hafiz bijak membuat sungkitan untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Bersambung babak kedua, Kuala Lumpur kekurangan seorang pemain pada minit ke-30 ekoran kad kuning kedua kepada Shahril Anuar Rosli.

Kesempatan itu diambil Terengganu untuk menggandakan kedudukan 2-0 selepas Hafiz menyambar sepakan percuma Amirrul Izzad Adang pada minit ke-31.

Dua kinit kemudian, kem tuan rumah semakin garang, malangnya rembatan Akil Khalis Adli Khairuz menggegar tiang gol Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur cuba memberi tentangan dengan gerakan Shafiq Mohd Tahir (m-34) tepat ke dakapan Tengku Azraf Fahmi Che Ku Sulong.

Kedudukan menjadi 3-0 buat Terengganu pada minit ke-35 apabila Idham Shafuan Iraman menyudahkan penalti sebelum Aizat Saari menjaringkan gol keempat, seminit kemudian.

Hafiz (m-38) melengkapkan hatrik menerusi lambungan dari kawasan tengah dan Kuala Lumpur diperangkap gerakan sama daripada Aizat untuk menjadikan kedudukan 6-0.

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Keputusan lain:
PULAU PINANG 0 SELANGOR 6
PERAK 4 KL CITY FC 4

Advertisement

Must Watch Video