Skuad Terengganu berazam menamatkan rentetan dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) dengan mengalahkan Melaka, petang esok.
Menurut ketua jurulatihnya, Mohd Rozairi Ahmad, Terengganu masih kekal fokus untuk mendapatkan mata penuh selepas tumpas kepada Pahang dan Selangor sebelum ini.
Kelemahan dalam dua aksi itu, katanya, sudah diperkemaskan selain meningkatkan tahap kecergasan pemain walaupun dijejaskan kecederaan serius ketua pasukan mereka.
"Kedudukan liga mungkin berpihak kepada kami, namun saya tidak mahu pemain-pemain mengambil mudah cabaran pasukan lawan.
"Seperti Terengganu, Melaka juga tewas dalam dua perlawanan sebelum ini dan sudah tentu mereka juga mahu kembalikan rentak kemenangan," jelas Rozairi.
Khidmat penjaga gol utama, Tengku Azraf Fahmi Che Ku Sulong, terpaksa dilupakan Terengganu berikutan kecederaan patah dua jari tangan ketika bertemu Pahang.
Ketiadaannya begitu dirasai Terengganu dengan Rozairi mengakui penjaga gol sedia ada tidak dapat mengisi kekosongan pemain berpengalaman itu.
Sedikit melegakan kem Terengganu ialah kembalinya tonggak utama, Mohd Hafiz Ismail, yang tidak beraksi dalam kekalahan kepada Selangor di tempat sendiri, minggu lalu.
"Selain kecederaan Tengku Azraf, semua pemain bebas daripada kecederaan dan kembali cergas.
"Saya optimis Terengganu mampu dapatkan tiga mata. Kami tewas kepada dua pasukan terkuat dan sudah belajar daripada kekalahan itu," tambah Rozairi.
Kredit foto: Terengganu FC (TFC)