TERENGGANU 5 PAHANG 5
Terengganu mempamerkan persembahan menakjubkan dalam 10 minit terakhir untuk mengikat skuad bintang, Pahang, 5-5 dalam aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, petang tadi.
Terengganu berdepan tugas getir melayan kunjungan Pahang yang kini menghuni tangga kedua liga dan aksi awal pertembungan dua wakil Pantai Timur itu bermula seimbang.
Bagaimanapun, Hafizi Ismail meledak gol pendahuluan buat Terengganu pada minit kelapan sebelum Pahang membalas dengan dua gol pantas menerusi Khairul Effendy Bahrin dan Haniffa Hassan pada minit kesembilan dan 13.
Pahang terus mengganas apabila menambah gol ketiga menerusi Norkhairi Rahman tatkala Terengganu merapatkan jurang gol hasil ledakan Amirul Izzad Adang.
Bagaimanapun, Pahang terus berada dalam kedudukan selesa selepas Firdaus Ambiah tenang menyempurnakan peluang di depan gol tetapi Akil Khalis menjadikan kedudukan 4-3.
Pahang yang menerima bimbingan Taufik Yaiyah itu menambah gol kelima menerusi Harith Naim Mohd pada minit ke-30 untuk menjarakkan kedudukan tetapi kebangkitan menakjubkan dalam tempoh 10 minit terakhir membolehkan Terengganu mencuri satu mata hasil jaringan Hafizi dan Alif Mat Amin.
Sementara itu, Selangor terus selesa di puncak liga selepas mudah menewaskan KL City FC 6-3 di Shah Alam.
Jaringan daripada Akmal Yazadh Amri, Faris Johan, Aizad Daniel Syed Nasir, Ridhwan Zainal serta dua gol Fariq Mohammad cukup untuk memastikan Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga teratas dengan 32 mata, manakala KL City meraih gol menerusi Adam Syahmi Rosli serta dua ledakan daripada Al Haziq Adnan.
Kredit foto: FAM