Skip to main content

Futsal

MPFL: Terengganu gagal tamat kemarau kekalahan

futsal-melaka-terengganu.jpg
MELAKA 4 TERENGGANU 3

Terengganu gagal melunaskan hasrat untuk menamatkan dua kekalahan berturut-turut selepas Melaka bangkit mencetak kemenangan 4-3 dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2019 di Kompleks Panasonic Shah Alam, sebentar tadi.


Melaka dan Terengganu turun berentap bagi perlawanan kelapan liga selepas kedua-dua pasukan merekodkan hanya dua kemenangan.

Akil Khalis muncul penjaring pertama apabila meletakkan Terengganu di depan seawal minit keenam, namun mereka gagal megekalkan aksi cemerlang apabila Melaka menyamakan kedudukan menerusi Danial Dain enam minit kemudian.

Tidak sempat mengatur strategi, Melaka terus memberikan tekanan dan berjaya menjadikan kedudukan 2-1 sejurus perlawanan bersambung hasil rembatan Najmi Khalis.

Meletakkan sasaran untuk bangkit daripada kekalahan sebelum ini, Akil kembali mengikat jaringan buat Terengganu sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-32.

Bagaimanapun, kebangkitan yang dipamerkan Terengganu tidak mematahkan semangat Melaka apabila mereka sekali lagi mempamerkan gerakan pantas dan agresif bagi meledak dua gol menerusi Tuah Eizlan dan Saad Sani untuk menang 4-3.

Advertisement

Must Watch Video