Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

MPFL: Syed Aizad kibar misi penting buat kelab, negara

syed-aizad-daniel-syed-nasi-futsal.jpg
Pemain futsal negara, Syed Aizad Daniel Syed Nasir, mahu menjadikan saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2019 sebagai medan terbaik untuk meningkatkan kualiti permainannya menjelang Kejohanan Futsal AFF 2019.

Kejohanan AFF di Vietnam, Oktober depan, merupakan kejohanan penting buat skuad futsal negara tahun ini.

Ini kerana empat pasukan terbaik dalam kejohanan itu akan layak ke Kejohanan AFC 2020 yang menawarkan lima slot ke Piala Dunia 2020.

Enggan terlepas peluang mewakili negara di peringkat tertinggi, Syed Aizad berazam memanfaatkan sepenuhnya saingan MPFL sebagai langkah permulaan ke Piala Dunia.

"Saya harap dapat kekalkan nama dalam skuad kebangsaan. 

"Kejohanan AFF kali ini penting sebagai batu loncatan ke Piala Dunia. 

"Sasaran kami adalah beraksi dalam Piala Dunia tahun depan," katanya. 

Kelibatnya pasti ditagih skuad Selangor memandangkan pemain berusia 23 tahun berkenaan hadir dengan reputasi besar selaku pemain kebangsaan.

Pernah membantu skuad Melaka muncul juara Liga Futsal Kebangsaan (LFK) pada 2017, pemain di posisi 'ala' itu mahu membantu pasukan terbarunya bergelar juara.

"Saya mahu membawa pasukan layak Kejohanan Kelab AFC menerusi tiket sebagai juara MPFL," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video