Skip to main content

Futsal

MPFL: Sentuhan kelab Sepanyol mampu lonjak Pahang Rangers

tengku-fadh-pahang-rangers.jpg
Pahang Rangers menerima nafas baru menjelang saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2020 apabila menjalinkan kerjasama dengan kelab Sepanyol, Levante Union Deportiva (Levante Ud).

Pahang Rangers berputih mata selepas menyaksikan pencabar terdekat, Selangor, menjuarai edisi musim lalu dengan hanya kelebihan empat mata.

Bagaimanapun, Presiden Pahang Rangers FC, Tengku Fahd Mua'adzam Shah Sultan Ahmad Shah, optimis bahawa mereka akan tampil lebih ampuh pada kali ini dengan adanya sentuhan daripada Levante.

Kerjasama dengan kelab itu akan turut merintis kemungkinan buat pemain skuad Pantai Timur berkenaan untuk meraih pengalaman menjalani latihan di Eropah. 

"Kami memiliki skuad yang sangat ampuh. Musim lalu kami dibarisi beberapa tonggak kebangsaan termasuk pemain muda dari Pahang. 

"Saya harap kami dapat menjuarai MPFL tetapi kita tengoklah kelak memandangkan banyak pasukan handalan di Malaysia," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Haliza Hamzah, di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Fahd turut mengharapkan sokongan penyokong menerusi Kejohanan Futsal Piala Antarabangsa Sultan Ahmad Shah 2020 di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, Sabtu ini. 

"Sebagai persiapan pra-musim, kami menganjurkan satu kejohanan yang turut disertai dua pasukan dari Jepun dan sebuah pasukan dari Thailand.

"Saya harap kami dapat menganjurkannya dengan skala lebih besar lagi. 

"Kami perlu diuji oleh pasukan hebat di Asia sebagai pemangkin kepada prestasi kami."

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found