SELANGOR 5 PERAK 0
Selangor membuka kempen Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) dengan bergaya apabila membelasah Perak 5-0 di Pusat Sukan Panasonic, Shah Alam, sebentar tadi.
Fariq Mohamad menghasilkan empat gol yang bermula pada minit keenam apabila bekas pemain kebangsaan itu memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan untuk memperoleh jaringan pembukaan.
Fariq kemudian menggandakan jaringan apabila merembat kencang bola dari luar kawasan D pada minit kelapan.
Kapten Selangor itu kemudian mencipta sejarah sebagai pemain pertama mencatat hatrik dalam MPFL pada minit ke-34 menerusi satu lagi penyudah berbisa kaki kanannya.
Tiada apa yang mampu dilakukan Perak untuk menyekat Fariq apabila pemain itu terus merobek gawang mereka pada minit ke-36.
Mohd Ridhwan Zainal melengkapkan pesta jaringan Selangor pada dua minit terakhir perlawanan untuk memberikan kemenangan mutlak buat skuad Gergasi Merah itu.