MPFL
MPFL: Selangor rampas bintang buangan Kedah
Penghuni tangga ketiga kejohanan Divisyen 1 Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), Selangor, tidak menunggu lama untuk menyambar bekas tonggak utama Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mengharungi pusingan kedua liga yang akan bermula Khamis ini.
Baru-baru ini, Yazid Kamaruzuan, yang memulakan pusingan pertama liga bersama Kedah merupakan salah seorang daripada tiga pemain yang telah dilepaskan pasukan itu di penghujung saingan pertama.
Kehadiran pemain berusia 33 tahun itu dijangka mampu memperkuat pasukan kendalian Edgar Baldasso, sekali gus membantu Selangor bersaing merebut takhta pendahulu liga yang kini dimiliki oleh Johor Darul Ta'zim (JDT).
Iklan
Lebih menarik, perlawanan pembukaan pusingan kedua liga bakal menyaksikan Selangor menentang Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, yang pastinya lebih sengit apabila menemukan Yazid dengan bekas pasukannya.
Must-Watch Video