Skip to main content

Futsal

MPFL: Selangor raih kemenangan tipis

selangor.jpg
SELANGOR 1 KUALA LUMPUR 0

Selangor memperkukuhkan cengkaman di persada Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, hari ini.


Berbekalkan rekod seri dalam pertembungan pertama, Kuala Lumpur memberikan tentangan sengit ke atas Selangor.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan tampil kental dengan corak permainan seimbang dan pertahanan yang baik dan ia terbukti menerusi tujuh percubaan tepat Kuala Lumpur manakala enam buat Selangor, namun masing-masing berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Namun, kedudukan itu berubah tatkala memasuki babak kedua, dengan skuad kendalian Addy Shairulnizam itu mengubah taktikal permainan dengan meningkatkan corak serangan dan ia berhasil pada minit ke-30 dengan gol dijelmakan Syed Aizad Daniel untuk Selangor mendahului.

Kuala Lumpur cuba bangkit memberikan tentangan tetapi sudah terlambat, sekaligus menyaksikan Selangor memperoleh kemenangan ke-10 dan kekal selaku pendahulu liga.

Sementara itu, Pahang terus memberikan tekanan kepada Selangor apabila merakamkan kemenangan 3-1 ke atas Kedah sebentar tadi.

Pahang memperoleh jaringan menerusi Khairul Affendy, Harith Naim dan Firdaus Ambiah manakala Norhamidrul Salleh meledak jaringan saguhati Kedah.

Keputusan lain:

MELAKA 3 PERAK 4
KEDAH 1 PAHANG 3


 

Advertisement

Must Watch Video