Juara bertahan Liga Perdana Futsal (MPFL), Selangor MAC antara pasukan yang terawal mempersiapkan pasukan dengan latihan intensif bermula sejak Oktober lalu -- dan aktif memperkasakan pasukan menerusi deretan pembelian pemain terbaik negara.
Biarpun tujuh tonggak utama yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan berganda Selangor MAC musim lalu dengan kejuaraan liga serta Piala Malaysia sudah meninggalkan pasukan -- itu bermaksud, usaha untuk membentuk gandingan baru jadi agenda utama barisan kejurulatihan ketika ini.
Suratan atau kebetulan, pengendali baru Selangor, Edgar Baldasso sinonim dengan gaya permainan pantas -- seiring dengan kualiti permainan pemain yang baru dibeli mereka, antaranya tonggak Selangor TOT United musim lalu -- Aidil Shahril.
"Sebelum ini saya gagal membuat penampilan ekoran kecederaan, saya sangat teruja untuk menghadapi musim baru," kata Aidil.
"Sebelum ini saya bermain dengan Negeri Sembilan dan memilih untuk menyertai Selangor MAC merupakan satu kebanggaan bagi saya. Ia juga membuka peluang buat saya mewakili negara pada masa akan datang," kata Navin Das.