KL CITY 1 SELANGOR 4
Selangor mengekalkan penguasaan dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) selepas membelasah pasukan di tangga tercorot, KL City FC, 4-1 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, sebentar tadi.
Skuad Gergasi Merah itu mendominasi keseluruhan babak pertama dengan menjaringkan dua gol berturut-turut pada minit ke-29 hasil sentuhan Akmal Hakimi dan Ridhwan Zainal.
KL City, bagaimanapun, merapatkan jurang dalam babak kedua menerusi kapten pasukan, Muzhaffar Tahar, pada minit ke-36.
Namun, semangat itu hanya bertahan selama seminit sebelum Azri Rahman menjaringkan gol ketiga Selangor dan Fariq Mohammad melengkapkan kemenangan menerusi jaringan pada minit terakhir perlawanan.
Kemenangan terbaru itu meletakkan Selangor selesa di puncak liga dengan 13 mata manakala KL City kekal terperosok di tangga terbawah dengan dua mata.