MPFL
MPFL: Prestasi Selangor MAC belum capai tahap terbaik, kata Baldasso
Pada ketika tiada sebarang ketetapan tarikh sepak mula Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2023 -- pasukan gergasi negara, Selangor MAC masih ' bergelut ' dengan sistem permainan seperti yang dimahukan Edgar Baldasso.
Difahamkan pengendali dari Brazil itu menekankan corak permainan 'ala-ala samba' dengan menekankan corak permainan bersahaja -- namun ianya masih belum dapat dikuasai sepenuhnya para pemain -- ditambah pula transisi perubahan landskap skuad kali ini.
Memiliki penggalaman luas di liga utama Brazil, Edgar percaya, gandingan pemain senior serta muda kali ini berupaya untuk mempertahankan dominasi gergasi Merah Kuning itu di MPFL.
Iklan
Juara bertahan MPFL dan Piala Malaysia musim lalu itu menang mudah tiga gol tanpa balas ke atas Terengganu dalam aksi persahabatan di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam semalam.
"Kualiti pemain dalam memahami corak permainan amat penting sebelum saingan liga bermula," kata Baldasso.
"Saya mahu mengutamakan cara pasukan mendapatkan bola daripada pasukan lawan. Buat masa ini, saya gembira dengan perkembangan pasukan.
"Saya berharap perkembangan permainan Selangor akan terus meningkat menjelang saingan yang bakal bermula nanti."
Must-Watch Video