PERAK 6 PAHANG 5
Rekod tanpa kalah Pahang dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) berkecai apabila tumpas 6-5 kepada Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, sebentar tadi.
Pelawat yang turun dengan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan itu ternyata bertemu buku dengan ruas.
Jangkaan Perak akan mudah menjadi mangsa bahaman pilihan utama kejohanan itu jelas meleset.
Sebaliknya, pemain Perak nyata tidak menghiraukan reputasi lawan yang membariskan lapan pemain kebangsaan itu dengan persembahan bersemangat untuk mencatat kemenangan ketiga.
Walaupun ketinggalan 4-5 pada satu ketika, anak buah Muhd Ruzaley Abdul Aziz itu bangkit dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit untuk membuatkan Pahang berputih mata.
Dalam perlawanan hebat dan menarik itu, Mohd Ridzwan Bakri menyumbang hatrik, sekaligus dinobat selaku pemain terbaik perlawanan.
Pemain itu membuka jaringan pada minit pertama tetapi Mohd Azwann Ismail segera memadamkan kelebihan itu.
Abu Haniffa meletakkan Pahang di depan pada minit keempat tetapi Ridzwan menyamakan kedudukan pada minit ke-11.
Abu Haniffa sekali lagi meletakkan pelawat di depan pada minit ke-15, namun Mohamad Awalluddin Mat Nawi segera menyamakan kedudukan.
Dua minit kemudian, Muhammad Zamiruddin Jalaluddin menyudahkan gerakan cantik untuk Perak mendahului 4-3 dalam babak pertama.
Pahang bangkit dalam babak kedua dengan dua jaringan berturut-turut oleh Saiful Nizam Mohd Ali pada minit ke-23 dan Mohd Azwann (m-31).
Namun, tuan rumah, yang mendapat sokongan padu penyokong tegar, tidak mahu mengalah dan usaha mereka berhasil melalui jaringan Muhammad Firdaus Zulkifli pada minit ke-33, diikuti sentuhan pemusnah Ridzwan seminit sebelum tamat.