Skip to main content

Futsal

MPFL: Perak belum tekan butang cemas

perak-futsal.jpg
Perak belum menekan butang cemas biarpun pencapaian dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) masih kurang memberangsangkan.

Walaupun baru mengutip satu mata daripada tiga perlawanan, pengurus pasukan, Wan Fadzli Izam Wan Zulkifli, hanya mengamal sikap tunggu dan lihat dulu.

Perak tumpas kepada Selangor dan Kuala Lumpur manakala satu mata diperoleh hasil keputusan seri dengan Kedah.

"Buat masa ni, saya masih belum menekan butang cemas.

"Tahun lalu pun kami kalah empat perlawanan berturut-turut sebelum bangkit.

"Cuma, kami tidak boleh harapkan benda yang sama tahun ni," katanya yang lebih terkenal dengan panggilan Boy.

Di bawah kendalian jurulatih, Ruzaley Aziz, Perak menerapkan corak berbeza berbanding tahun lalu.

Menurut pengurus itu, berdasarkan persembahan semasa ketika menentang Kuala Lumpur, Perak telah menunjukkan aksi yang semakin baik tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

"Kami menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus, cuma gagal memasukkan bola ke dalam gawang lawan," katanya.

Tambahnya, masih banyak yang perlu dilakukan bagi mengatasi kepincangan dan kelemahan pasukan.

"Saya tidak mahu letak tekanan kepada jurulatih. Beri masa kepadanya. Kami akan lihat perkembangannya selepas perlawanan dengan KL City, Ahad ini," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video