SELANGOR MAC 3 PAHANG RANGERS 3
(Pahang ke final menerusi agregat 7-6)
Pahang Rangers melepasi segala ranjau untuk mara ke final Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2023 dengan mengekalkan kelebihan satu jaringan.
Ketua jurulatih, Gerard Casas, nyata lega anak buahnya mara ke final walaupun pada awalnya ketinggalan 0-2.
"Kami bertemu pasukan terhandal di negara ini tapi memikirkan tentang itu merupakan satu kesilapan.
"Sejujurnya saya rasa kami lebih bagus dalam aksi di tempat sendiri tetapi di sini kelebihan kami adalah minimum.
"Mac mendahului dengan dua gol selain mempunyai beberapa peluang terbuka lagi memandangkan mereka lebih berpengalaman dan gelaran," katanya selepas perlawanan.
Menerusi aksi yang cukup dramatik itu, Casas tidak menafikan kelebihan awal yang ada pada Selangor MAC meletakkan barisannya dalam bahaya.
Begitupun, sokongan di Stadium Panasonic Shah Alam, malam tadi, membuatkan Pahang seolah-olah berada di laman sendiri dan elemen itulah disifatkannya sebagai pemangkin mereka meledak tiga jaringan dalam separuh masa kedua.
Walaupun Selangor MAC mengikat kedudukan 3-3 di hujung perlawanan, kelebihan agregat 7-6 masih milik Pahang untuk melangkah ke final.
Satu lagi slot menjadi rebutan di antara Johor Darul Ta'zim dan Selangor TOT dalam pertemuan di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, ketika ini.