PAHANG 8 MELAKA 3
Pahang terus memberi saingan kepada pencabar utama, Selangor, selepas merakamkan kemenangan bergaya 8-3 ke atas Melaka dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, hari ini.
Pahang, yang juga mengintai kejuaraan musim ini, tidak menunggu lama sebelum membolosi gawang Melaka apabila Azwan Ismail membuka tirai jaringan seawal minit ketiga.
Melaka cuba bangkit menyamakan kedudukan, namun keampuhan benteng pertahanan Pahang membenarkan mereka untuk melancarkan serangan balas, sekali gus menjadikan kedudukan 2-0 menerusi Saiful Nizam pada minit ke-10.
Pahang terus mendahului permainan apabila meledak dua gol lagi menerusi Hanafi Nasir dan Saiful.
Pahang menamatkan separuh masa pertama dengan enam jaringan, dengan dua gol lagi disumbat oleh Hanifa Hassan dan Firdaus Ambiah.
Saiful melengkapkan hatrik untuk jaringan kelapan buat Pahang sebelum Melaka meraih dua jaringan sagu hati menerusi Tarmizi Ghafar dan Erzuan Gapar.