Skip to main content

Advertisement

Futsal

MPFL: Pahang Rangers laung amaran awal

taufik-yaiyah-jurulatih-futsal-pahang.jpg
Pahang Rangers memulakan langkah positif dalam kempen Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2019 apabila menewaskan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Panasonic Shah Alam, semalam. 

Tok Gajah terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui rembatan Mahadir Harahap Khairuddin pada minit keempat dan terus menguasai perlawanan apabila Abu Haniffa Hassan menambah jaringan pada minit kesembilan.

Bagaimanapun, tuan rumah mula menunjukkan taring apabila Mulhim Muqri Faisal menghadiahkan gol pertama pada minit ke-18.

Tiga minit memasuki babak kedua, Saiful Nizam Mohd Ali menjaringkan gol ketiga Pahang, diikuti jaringan Muhammad Farhan Khairul Anuar pada minit ke-35 sebelum Mulhim mengecilkan jurang jaringan, dua minit selepas itu. 

"Ini bukan satu perlawanan yang mudah, saya sangat berpuas hati dengan corak permainan barisan pemain yang fokus, berdisiplin dan percaya (kepada sistem permainan dan rakan sepasukan)," kata jurulatih Pahang, Taufik Yaiyah. 

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur, Ahmad Khairi Aswad Ishak, pula menganggap pengalaman menjadi pemisah dalam pertemuan itu.

"Perlawanan berlangsung agak sengit, cuma kami kurang daripada segi pengalaman. 

"Kami diwakili ramai pemain yang dicungkil bakat mereka dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2018," ujarnya.  

Advertisement

Must Watch Video