Skip to main content

Futsal

MPFL: Pahang kembali temui rentak kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pahang.jpg
Pahang Rangers FC melaung kegembiraan menewaskan Kedah 3-1 dalam saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) selepas dua perlawanan sebelumnya yang hambar.

Pahang Rangers tewas pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC 4-3 Ahad lalu dan terus hampa apabila sekadar menamatkan pertemuan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC dengan keputusan seri 2-2 semalam.

Perlawanan tampak sengit apabila babak pertama tamat seri selepas Kedah berjaya menyamakan jaringan gol yang dihasilkan Pahang Rangers.

Aksi lebih agresif dalam babak kedua menyaksikan Pahang Rangers berjaya membuahkan lagi dua lagi jaringan gol sekaligus memenangi perlawanan tanpa memberi peluang untuk setiap percubaan Kedah.

Advertisement

Must Watch Video