Skip to main content

Futsal

MPFL: Negeri Sembilan kejutkan Perak

futsal.jpg
Perlawanan pembukaan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) musim ini menyaksikan Negeri Sembilan mengejutkan Perak 4-3 dengan peranan penting yang dimainkan Asyraff Jalal di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, hari ini. 

Berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19, perlawanan itu terpaksa dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Menariknya, perhitungan berkenaan masih berlangsung rancak sejak dari awal permainan dengan Perak, kelihatan berada di bawah kawalan pendatang baru, Negeri Sembilan, yang lebih layak di depan pada minit ketiga menerusi penyudah Asyraff.

Negeri Sembilan menggandakan kelebihan itu pada penghujung babak pertama apabila sepakan percuma Asyraff menuju tepat ke jaring Perak yang dikawal Syawal Sabarudin.

Bagaimanapun, Perak tampil berbeza dalam babak kedua dengan merapatkan jurang hasil sentuhan Iqhmal Najmie pada minit ke-22.

Asyraff kemudian kembali melebarkan kedudukan itu dengan hatriknya pada minit ke-33.

Tauhid Lotfi muncul penjaring gol kedua Perak, namun Tarmizi Ghafar memusnahkan perjuangan itu hasil gol keempat Negeri Sembilan, sekali gus menjadikan jaringan Farikh Khabibor pada penghujung perlawanan menjadi sia-sia.

Keputusan lain:
Kuala Lumpur 6 Pulau Pinang 4

Advertisement

Must Watch Video