Biarpun berdepan cabaran kekangan masa, ketua jurulatih KPM-PST Mustangs, Wan Suratman Adnan Wan Roslee, menyasarkan kedudukan lapan terbaik dalam penampilan pertama Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2020.
Mustangs yang dibarisi 21 pemain universiti bakal membuat penampilan pertama dalam saingan MPFL dalam memberi cabaran kepada 11 pasukan lain.
Menurut Suratman, mereka hanya mempunyai tempoh kurang daripada dua minggu bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan yang akan bermula 14 Mac ini.
Mustangs yang turun sebagai pasukan bukan pilihan itu ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mengikat kontrak selama satu musim.
"Pemilihan berakhir kelmarin dan mereka akan kembali bersama universiti masing-masing untuk menghadapi Liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terlebih dahulu sebelum kembali bersama pasukan untuk menghadapi saingan MPFL," kata Suratman.
Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha, Unit Sukan KPM, Dr. Pekan Ramli, optimis langkah awal itu mampu melahirkan lebih ramai bakat muda untuk membawa cabaran negara kelak.
"Kami telah ramai melahirkan pemain futsal yang mewakili negeri seperti Selangor, Terengganu dan beberapa pasukan lain," katanya.
Editor: Ammar Hakim