KUALA LUMPUR 2 MELAKA 2
Impian Kuala Lumpur untuk meraih kemenangan kedua dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) berkubur apabila Melaka bangkit untuk mengikat kedudukan 2-2 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, hari ini.
Skuad Warga Kota itu hanya mencatat satu kemenangan daripada lapan perlawanan dan terdesak untuk memburu kejayaan itu bagi keluar daripada zon bahaya.
Melaka pula telah merekodkan empat kemenangan dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Selangor.
Skuad Hang Tuah itu mendahului seawal minit ketujuh menerusi ketajaman Najmi Rosli, namun kelebihan itu hanya bertahan lima minit apabila Kuala Lumpur kembali mengikat kedudukan melalui gol Mulhim Muqri.
Lima minit berselang, giliran Kuala Lumpur di depan apabila Nazif Ali menjaringkan gol kedua The City Boys.
Dalam babak kedua, kedua-dua pasukan buntu untuk menambah jaringan hasil ketangkasan penjaga gol masing-masing.
Bagaimanapun, Melaka memanfaatkan peluang terhad itu untuk meledak gol penyamaan, juga menerusi Najmi pada tiga minit terakhir.