MPFL

MPFL: KL City, TRW Kelantan terlepas peluang ke Piala Futsal Malaysia

Stadium Astro
Muzaffar Musa
12/03/2022
12:24 MYT
Sponsor Banner
MPFL: KL City, TRW Kelantan terlepas peluang ke Piala Futsal Malaysia
KL CITY 1 TRW KELANTAN 1
Kuala Lumpur City dan TRW Kelantan, kedua-duanya terlepas peluang untuk layak ke Piala Futsal Malaysia selepas sekadar seri 1-1 dalam perlawanan terakhir Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam hari ini.
Pemain import dari Indonesia, Anton Cahyo Nugroho, membuka jaringan buat TRW Kelantan seawal minit kedua tetapi berselang 18 minit, Iza Muhammad Hassan Bostamam kembali mengikat kedudukan buat KL City.
Kedua-dua pasukan memburu gol kemenangan bagi membuka peluang layak ke Piala Futsal Malaysia tetapi tiada sebarang gol terhasil sehingga ke wisel penamat.
Akibatnya, TRW Kelantan dan KL City, masing-masing menamatkan saingan di kedudukan ke-11 dan 12, di mana hanya lapan pasukan terbaik layak ke saingan Piala Futsal Malaysia bermula Jun depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video