Skip to main content

Futsal

MPFL: Kedah raih kemenangan kedua

penangkedah.jpg
PULAU PINANG 2 KEDAH 4

Kedah meraih kemenangan kedua dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) selepas menewaskan Pulau Pinang 4-2 di Pusat Sukan Azman Hashim, USM, hari ini.


Pelawat menjaringkan dua gol dalam setiap separuh masa manakala tuan rumah hanya mampu membalas satu gol dalam setiap babak.

Aksi separuh masa pertama pada awalnya berlangsung seimbang apabila Shahmi Sani (Kedah) dan Azierul Joss (Pulau Pinang) menjaringkan gol buat pasukan masing-masing pada minit ketiga.

Bagaimanapun, selang dua minit kemudian, Farith Ahmad memastikan Lang Merah berkelebihan satu gol sebelum waktu rehat.

Kedah melebarkan jurang menerusi gol Fikri Rodzi pada minit ke-35 sebelum Syafiq Rasyid merapatkannya seminit kemudian.

Namun, aksi berkenaan ditutup dengan gol keempat Kedah menerusi jaringan kedua peribadi Fikri.

Dengan keputusan itu, Kedah kini berada di tangga kelima dengan lapan mata manakala Pulau Pinang ketinggalan satu anak tangga dengan tujuh mata.

 

Advertisement

Must Watch Video